Saturday, 26 January 2013

kisah ringkas kehidupan Nabi Muhammad S.A.W

          Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...salam maulidur rasul buat semua...sempena maulidur rasul ni jom kita review kembali kisah hidup baginda Muhammad S.A.W..moga kita sentiasa ingat kisah perjuangan baginda bukan saja pada hari maulidur rasul bahkan pada setiap hari yang akan mendatang..peringatan ni buat eden sama agar selalu menghayati pengorbanan nabi Muhammad S.A.W. 

            abdullah bin abdul mutalib telah berkahwin dengan siti aminah binti wahab. hasil perkongsian hidup itulah lahirnya seorang nabi yang telah memberi petunjuk kepada sekalian umat manusia. walaubagaimanapun, umur abdullah tidak panjang apabila beliau dijemput Ilahi pada usia yang muda (25 tahun) iaitu ketika aminah sedang mengandungkan nabi (2 bulan dalam kandungan). pada mulanya, aminah tidak menjangka bahawa dia sedang mengandung, tetapi beliau sering bermimpikan malaikat yang datang dan memberitahu " hai, aminah, kamu sedang mengandungkan seorang pemimpin besar, setelah ia lahir, namakanlah dia muhammad (@ ahmad)". aminah sukar mempercayai mimpinya itu, namun dia sering bermimpikan perkara yang sama. setelah itu, aminah mula menyedari hal itu apabila terputus kitaran haidnya.

           ketika mula ALLAH meniupkan roh Nur Muhammad ke dalam rahim aminah, allah telah memerintahkan malaikat agar membuka semua pintu syurga dan memberitahu semua penduduk langit dan bumi. malaikat dan semua ahli syurga asyik bercakap  tentang penghulu segala nabi itu. sepanjang tempoh aminah mengandungkan nabi muhammad, beliau tidak merasa beban atau kepayahan yang sering dialami oleh setiap wanita yang bergelar ibu. bahkan beliau tidak merasa sakit sewaktu melahirkan nabi. 

          Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 rabiulawal pada tahun gajah iaitu tahun 570 @ 571 masihi. Sebelum kelahiran baginda, telah berlaku 1 peristiwa di mana Abrahah telah merancang untuk memusnahkan kaabah yang menjadi tumpuan umat manusia ketika itu. Abrahah ialah seorang raja di negeri Yaman yang tidak berpuas hati kerana kaabah menjadi tumpuan umat manusia sedangkan dia ingin negaranya juga menjadi tumpuan dunia. Oleh kerana rasa tidak berpuas hati, Abrahah telah merancang untuk membina sebuah bangunan yang akan dikagumi oleh manusia seperti kaabah. walaubagaimanapun, setelah siap dibina, bangunan tersebut tetap tidak menjadi tumpuan dan rancangannya meleset sama sekali. disebabkan itulah abrahah telah merancang untuk menghancurkan kaabah. abrahah telah mengumpulkan tentera-tenteranya dan menuju ke kaabah dengan menunggang gajah. apabila tiba di sana, tentera-tenteranya telah diserang oleh sekumpulan burung Ababil yang membawa batu-batu dari neraka syijjil...lalu hancurlah anggota tentera tersebut ibarat daun yang telah dimakan ulat (berlubang2).

           berdasarkan peristiwa tersebutlah, tahun itu dinamakan tahun gajah. dan pada tahun itulah lahirnya sorang insan yang sangat mulia dan terpuji. ada pendapat mengatakan bahawa nabi muhammad telah disambut oleh bidadari syurga iaitu Asiah isteri Firaun dan Maryam Bondanya Nabi Isa. walaubagaimanapun, pelbagai peristiwa aneh (irhas) telah berlaku sewaktu kelahiran nabi muhammad S.A.W, antaranya :
  1. api sembahan orang majusi yang tidak pernah terpadam sejak bertahun-tahun akhirnya terpadam. perkara ini telah mengejutkan pengikut2 majusi.
  2. semua berhala dan gereja-gereja yang terdapat di kota mekah tumbang menyembah bumi.
  3. saat aminah melahirkan nabi, beliau hanya ditemani lampu-lampu atau pelita-pelita kecil tetapi setelah nabi dilahirkan, cahaya yang begitu terang menyinari seluruh ruang rumah tersebut.
  4. 14 lengkungan pintu gerbang istana Kisra, milik raja parsi runtuh serta merta ibarat keruntuhan bakal berlaku pada kerajaan tersebut.
  5. terdapat satu cahaya yang menyinari sehingga ke istana Busra di Syria namun ada yang mengatakan cahaya itu terpancar di seluruh pelosok bumi.
  6. tasik sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.
  7. ada pendapat mengatakan bahawa aminah terlihat tompokan awan yang menyeliputi nabi dan terdengar seruan "pimpinlah dia mengelilingi timur dan barat, supaya mereka tahu dialah menghapus segala perkara syirik"
  8. ketika abdul mutalib berada kaabah, berhala telah jatuh dan bersujud di bumi lalu beliau terdengar suara dari pintu kaabah yang mengatakan "telah lahir rasul pilihan yang akan mensucikan Aku dari sembahan berhala ini dan akan memerintahkan manusia kepada penyembahan Yang Maha Mengetahui."
  9. setelah nabi dilahirkan, baginda tidak menangis seperti bayi yang lain malah baginda bersih sebaik sahaja keluar dr perut bondanya. perkara ini dilihat sendiri oleh aminah. peristiwa ini sama dengan kisah nabi adam semasa ALLAH meniupkan roh ke tubuh badannya lantas baginda bersih bagi mengeluarkan segala penyakit dan kotoran di dalam badan.
          itulah diantara peristiwa irhas yang berlaku semasa saat kelahiran nabi Muhammad S.A.W. abdul mutalib gembira dengan kelahiran cucunya lalu membawa nabi mengelilingi kaabah serta menamakannya Muhammad (terpuji). walhal nama itu tidak pernah digunakan oleh masyarakat arab. setelah itu mereka bertanya kepada abdul mutalib sebab apa beliau menamakannya Muhammad. lantas datuknya berkata "aku namakannya Muhammad agar dia menjadi yang terpuji di langit dan di bumi." namun ada pendapat mengatakan bahawa" Sang Khaliq telah memilih rasuNya dengan namanya sendiri. sementara ALLAH adalah MAHMUD dan rasulnya adalah MUHAMMAD. kedua-dua nama ini mempunyai nama yang sama dan maksud yang sama." " setelah kelahiran nabi, baginda sempat bersama ibunya aminah selama 3 hari dan telah diserahkan kepada halimatun saadiah untuk disusukan. kebiasaan masyarakat arab pada zaman itu menyerahkan bayi mereka untuk disusukan atas beberapa sebab :

  1. kekurangan susu ibu
  2. persekitaran dan cuaca di mekah tidak sama dengan persekitaran di gurun
  3. halimatun saadiah tinggal di gurun dan aminah inginkan suasana yang baik kepada nabi muhammad untuk membesar dan belajar.
          pelbagai perkara juga berlaku sepanjang nabi muhammad tinggal bersama ibu susuannya antaranya :
  1. keldai yang ditunggangi halimatul saadiah dan suaminya pada mulanya kepenatan dan keletihan, namun setelah berjumpa dengan nabi dan membawa nabi pulang, keldai tersebut mendapat tenaga yang luar biasa sehingga dapat meninggalkan rombangan mereka (rombongan mencari bayi untuk disusukan)
  2. halimah tidak mempunyai susu yang mencukupi untuk anaknya sehinggakan anaknya sering menangis kelaparan. namun setelah menyusui nabi, air susu menjadi banyak dan dapat mengenyangkan nabi serta anaknya.
  3. di gurun, halimah mempunyai kambing ternakan dan tanaman. kesemua binatang ternakan dan tanamannya menjadi sihat dan subur.
          bermulalah hidup nabi muhammad bersama halimah. sewaktu umur nabi 4-5 tahun, baginda telah didatangi malaikat Jibril. sewaktu baginda sedang bermain bersama rakan2 seusianya, malaikat telah datang dan membaringkan baginda. kemudian dada baginda dibelah dan dikeluarkan segumpal darah(hati) lalu dibersihkan dengan air zamzam. setelah itu, dimasukkan semula ke tempat nya. rakan-rakan seusia baginda terkejut dan berlari mendapatkan Halimatul saadiah dan berkata " Muhammad telah dibunuh". ibu susuannya terus mendapatkan baginda dan kelihatan wajah baginda pucat dan lesu. sejak peristiwa itu, halimatul saadiah trus mengembalikan nabi Muhammad kepada ibunya, Aminah.

          Nabi Muhammad pun tinggal bersama Aminah. suatu hari aminah ingin mengunjungi pusara suaminya, abdullah. dalam perjalanan pulang, aminah telah jatuh sakit dan meninggal dunia. tinggallah nabi muhammad S.A.W sebagai anak yatim piatu pada umur 6 tahun. sejak kematian aminah, nabi muhammad di jaga oleh datuknya abdul mutalib. abdul mutalib juga adalah pemimpin besar kaum quraisy. abdul mutalib menjaga nabi dengan penuh kasih sayang. abdul mutalib menyayangi rasul lebih dari cucu-cucunya kerana beliau percayai bahawa suatu hari nabi muhammad akan menjadi pemimpin besar buat umat manusia. oleh itu, abdul mutalib menyayangi dan mendidik beliau dengan penuh kewibawaan dan kasih sayang. terdapat riwayat bahawa suatu hari, nabi muhammad bermain dan duduk di tempat yang dikhaskan untuk datuknya. lalu orang lain bangun untuk melarangnya. namun abdul mutalib membiarkan dan mengatakan bahawa Nabi Muhammad amat layak untuk berada di situ.

          malangnya, nabi muhammad hidup tidak lama bersama datuknya, apabila datuknya dipanggil menghadap tuhan yang maha besar ketika umur baginda mencecah 8 tahun. akhirnya nabi muhammad tinggal bersama pak ciknya iaitu abu talib. kasih sayang yang diberikan oleh abu talib sama seperti abdul mutalib. bahkan abu talib menyayangi nabi muhammad melebihi anak-anaknya sendiri.


           pada umur 12 tahun, nabi muhammad telah mengikuti bapa saudaranya berdagang / berniaga ke syam. dalam perjalanan ke syam, rombongan baginda telah bertemu dengan seorang rahib nasrani yang bernama Buhairah. Buhairah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. suatu hari buhairah berehat sambil melihat suasana di padang pasir. tiba-tiba dia terlihat kepul-kepul debu padang pasir dari jauh. dada buhairah bergetar kencang. dengan sabar buhairah menunggu ketibaan rombongan tersebut. ketika sedang menunggu, buhairah terlihat sesuatu yang ganjil. dia tidak berpuas hati dan naik ke tempat yang tinggi untuk melihat keganjilan tersebut. satu keajaiban telah berlaku yang mana dia terlihat setompok awak kecil mengiringi seorang dari rombongan tersebut. buhairah yang terkejut lantas berkata " ya ALLAH, inilah salah satu dari tandanya, pasti dia dalam kumpulan ini."

           lantas buhairah menjemput rombongan ini berehat di rumahnya dan menjamu makanan kepada mereka. buhairah telah diperkenalkan dengan ketua rombongan tersebut iaitu bapa saudaranya nabi sendiri. buhairah bertanya kepada abu talib " siapakan kanak-kanak tersebut?" abu talib menjawab " dia anakku." buhairah tidak mempercayai lantas menegaskan " mustahil dia adalah anakmu. siapakah dia sebenarnya?" akhirnya abu talib menyatakan yang sebenarnya "dia adalah anak saudaraku, ibu bapanya telah meninggal dunia". buhairah tidak dapat mengawal perasaannya lalu melihat tanda diantara bahu nabi sebesar telur burung merpati dan ditumbuhi bulu-bulu halus. mahu saja buhairah memeluk kanak-kanak itu sepuas-puasnya.

          lantas buhairah mendekati abu talib dan menasihatinya " lebih baik engkau membawanya pulang. jika tidak orang-orang yahudi tidak akan melepaskannya." setelah mendengar nasihat tersebut, abu talib terus membawa nabi muhammad pulang ke mekkah.
 
         nabi muhammad sering membantu bapa saudaranya berniaga. disebabkan itulah, baginda mendapat gelaran al-amin iaitu yang dipercayai. baginda seorang yang jujur, amanah dan dipercayai dalam perniagaannya. pada usia 20 an, nabi muhammad telah menyelesaikan masalah yang berlaku di antara suku kaum quraisy dan hazawin. banjir besar telah melanda mekkah dan disebabkan itu, kaabah hampir musnah. masyarakat arab bersama-sama memperbaiki keadaan kaabah. setelah tiba saat untuk meletakkan hajar al-aswad, suku kaum ini bertelagah untuk menentukan ketua suku masing2 yang layak meletakkannya. akhirnya salah seorang daripada mereka memutuskan,"pemuda yang pertama masuk dari pintu Shafa ini yang akan menentukan siapa yang layak meletakkan batu ini." cadangan itu diterima ramai. mereka pun menunggu pemuda yang dimaksudkan. akhirnya nabi Muhammad masuk melalui pintu itu. mereka semakin menyakini keputusan yang akan dibuat oleh baginda kerana baginda ialah Al-Amin.

          setelah baginda mengetahui permasalahan tersebut, baginda membuka serbannya dan membentangkan dihadapan semua orang. baginda meletakkan batu hajar al-aswad di atasnya dan memanggil setiap ketua dari suku kabilah tersebut. ketua2 suku tersebut disuruh memegang bucu2 kain serbannya bersama2 baginda dan mengangkat batu tersebut. lalu rasulullah sendiri mengambil batu itu dan meletakkan di tempat asalnya. dengan ini, selesailah segala perselisihan faham antara suku tersebut.

           dengan sikap tersebutlah, siti khadijah seorang pedagang besar mengagumi nabi muhammad. beliau telah mengupah nabi untuk bekerja dengannya. khadijah menghantar nabi muhammad dan orang suruhannya maisarah untuk membuat 2 perniagaan. setelah mereka pulang, mereka berjaya membawa hasil yang banyak tidak seperti sebelumnya. akhirnya khadijah yang sekian lama menyenangi sikap baginda yang sopan, jujur, amanah itu terus melamar rasulullah melalui teman rapatnya nafisah. khadijah pun akhirnya berkahwin dngan nabi muhammad S.A.W.

          telah menjadi kebiasaan nabi muhammad ke gua untuk memikirkan masalah yang melanda kaum quraisy yang jahil. pada suatu hari, ketika baginda berada di gua hira', pada umur 40 tahun, baginda telah didatangi malaikat jibril. cahaya malaikat menerangi seluruh isi gua. malaikat berkata kepada nabi "bacalah" nabi yang sememangnya seorang ummiyi (tak tahu membaca dan menulis) berkata "aku tidak tahu membaca". malaikat terus berkata "bacalah". nabi muhammad yang sedang ketakutan menjawab "sesungguhnya aku tidak tahu membaca" lalu Jibril memeluk baginda bagi menghilangkan rasa takut lalu berkata "bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan". akhirnya baginda mengikut Jibril membaca sehingga habis. setelah itu, lenyaplah cahaya yang menerangi gua tadi. baginda bergegas pulang ke rumah dengan perasaan takut atas apa yang dialaminya.

               setiba di rumah, nabi menyuruh khadijah menyelimutkannya. "selimutkan aku, selimutkan aku". khadijah dengan penuh tanda tanya menyelimutkan baginda dan mententeramkan baginda. setelah nabi berasa tenang, nabi pun menceritakan keajaiban yang berlaku di gua hira'. khadijah kemudiannya membawa rasulullah berjumpa sepupunya, waraqah bin naufal dan menceritakan perkara tersebut waraqah berkata "malaikat yang mendatangimu adalah malaikat yang sama datang kepada musa dan menyampaikan firman ALLAH." setelah itu, rasulullah mula menyampaikan risalah besar yang diamanahkan oleh ALLAH S.W.T. pelbagai cabaran dan tentangan yang dihadapi baginda dalam menyampaikan risalah tersebut. khadijah pula sentiasa memberi bantuan dan kekuatan sehingga akhir hajatnya khadijah.

             ketika baginda pulang dari mengerjakan haji wada', baginda memerintahkan kaum muslimin bersedia bagi memerangi tentera Rom. baginda memilih usamah bin zaid walaupun pada ketika itu usia usamah terlalu muda. dan pada saat inilah, baginda mula merasakan kesakitan yang teramat di bahagian kepala. kesakitan ini semakin bertambah sehingga usamah terpaksa menghentikan pasukannya di tempat perkemahan mereka. sakit di kepalanya semakin lama semakin berat sehingga mendatangkan demam yang kuat.

         baginda mula sakit pada bulan safar tahun ke 11 hijrah dan sepanjang baginda sakit, baginda berada di rumah isterinya maimunah. apabila sakitnya semakin tenat, baginda meminta izin daripada isteri-isterinya untuk tinggal di rumah aisyah. baginda dipapah masuk ke rumah aisyah oleh al-abbas bin abdul mutalib dan ali bin abi talib. di rumah aisyah, kesakitan baginda semakin teruk. suatu hari baginda meminta aisyah menyiramnya dengan tujuh gayung air kerana baginda ingin keluar untuk solat bersama kaum muslimin.

          baginda mengimamkan dan memberi khutbah kepada kaum muslimin. pada mulanya baginda bersabda "seorang hamba telah diberi pilihan oleh ALLAH, antara diberi kekayaan dunia atau kembali ke sisiNya, lalu hamba itu memilih untuk kembali kesisiNya". abu bakar yang memahami kata2 rasulullah terus menangis teresak-esak. setelah itu, rasulullah kembali kerumahnya dan keadaan baginda semakin teruk.

          ketika subuh hari isnin, 12 rabiulawal tahun ke 11 hijrah, sekali lagi rasulullah menyuruh aisyah menyiram kepalanya dengan air. namun baginda merasa tidak mampu untuk keluar mengimamkan kaum muslimin. baginda berkata kepada Aisyah " suruhlah abu bakar keluar solat bersama umat islam". ketika abu bakar mengimami umat islam, Aisyah berkata " abu bakar seorang yang lembut hatinya, apabila dia berdiri di tempat rasulullah, maka orang tidak akan mendengar bacaannya kecuali tangisan." sepanjang rasulullah sakit, abu bakarlah yang mengantikan tempat rasulullah iaitu menjadi imam kepada kaum muslimin.

           rasulullah dalam keadaan sakit, berbaring diatas pangkuan aisyah. tiba2 datang seseorang mengetuk pintu rumah baginda. aisyah pergi ke muka pintu dan bertanya "apa hajat tuan ke mari?" tetamu itu menjawab "aku ingin bertemu rasulullah." aisyah mengatakan bahawa baginda sedang sibuk dengan dirinya iaitu sedang berperang dengan kesakitannya lalu menyuruh tetamu itu pulang. tetamu tersebut mengetuk pintu buat kali kedua dan begitulah jawapan aisyah kepadanya. namun pada kali ketiga, rasulullah mendengar suara tersebut dan terlintas bahawa baginda amat mengenali suara itu lantas menyuruh aisyah menjemput tetamu tersebut. rasulullah bertanya kepada aisyah "kamu kenal siapa dia?" aisyah menjawab "tidak" lalu rasulullah berkata "dialah pemutus kesenangan dunia, dialah pemisah orang yang disayangi, dialah izrail, malaikat maut."

          baginda bertanya kepada malaikat izrail tujuan kedatangannya. "aku diutuskan ALLAH untuk mencabut nyawamu tetapi sekiranya diizinkanmu ya rasulullah. jika tidak ALLAH mengarahkanku kembali." nabi bertanya "dimanakah sahabatku jibrail?" malaikat izrail menjawab "aku tinggalkan dia di langit dunia" nabi bertanya "kenapa?" malaikat izrail menjawab "dia tidak sanggup melihatmu menghadapi sakaratulmaut" nabi berkata "panggillah dia". setelah itu, malaikat jibrail berada di sisi rasulullah. "wahai kekasihku, kenapa kau lambat menziarahiku?" malaikat jibrail menangis teresak2 lantaran melihat baginda dalam keadaan sakit.

          malaikat izrail meminta izin baginda untuk menjalankan tugasnya. nabi muhammad seraya berkata "lakukanlah". apabila roh ditarik keluar, baginda berkata "wahai izrail, sakitnya mati ini." mengalir air mata izrail seraya menjawab "tidak pernah aku mencabut roh seseorang selembut ini ya rasulullah." nabi berkata "wahai kekasihku jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana umatku mampu menanggungnya?" malaikat jibrail berpaling dan terus menangis. nabi bertanya "kenapa kau berpaling wahai kekasihku? adakah kau benci melihat wajahku?" lalu malaikat jibrail berkata "sesungguhnya aku tidak sanggup melihat kau dalam keadaan begini."

           "wahai jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana umatku mampu menanggungnya? kumpulkanlah sakit mati seluruh umatku dan biar aku menanggungnya sekarang" pinta nabi kepada jibrail. namun permintaan itu tidak diperkenankan ALLAH.

          baginda membuat permintaan kepada jibrail "wahai jibrail, berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini." malaikat jibrail memberitahu bahawa pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari syurga sedang berhias menantinya. namun rasulullah berkata "aku masih tidak gembira, berilah berita gembira kepadaku." sesungguhnya para malaikat berbaris menanti rohmu diangkat." beritahu malaikat. nabi menjawab "aku masih tidak gembira, beritahulah berita gembira kepadaku." lalu malaikat jibrail berkata "sesungguhnya ALLAH telah memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umat-umatmu dahulu memasukinya." akhirnya rasulullah tersenyum mendengarnya dan pergi menemui ALLAH dalam keadaan tenang.

           begitulah kasih sayang rasulullah terhadap umatnya. namun setarafkah kasih sayang kita kepada baginda??semoga kisah baginda dapat mengingatkan kita kepada pengorbanan besar rasulullah terhadap umat-umatnya. alhamdulillah semoga dengan sedikit ilmu ini dapat memberi iktibar dan pengajaran buat semua. jika terdapat sebarang khilaf, maaf dipohonkan atas segalanya. jika ada pertambahan ilmu atau teguran amat dipersilakan..sekian..wasslam.